SURAH AL-KAHFI
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"
SURAH AS-SAJDAH
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk"
SURAH YAASIN
Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata:
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas di bawah Arsy ALLAH SWT yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah dan srah yaasin itu,adalah jantug hati Al-Quran"
SURAH AD-DUKHAN
Daripada abi Hurairrahr.a berkata:Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada waktu malam,maka esoknya 70,000 malaikat akan minta ampun baginya"
SURAH AL-WAQIAH
Rasulullah SAW bersabda:
"Bacalah Surah Al-Waqiah.Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"
SURAH AL-MULK
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu,sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan ALLAH SWT memohon ampun kepada pembacanya supaya ALLAH SWT menyelamatkan dia dari api neraka dan pembacanya juga terselamat dari seksa kubur"
Dan Nabi SAW bersabda:
"Saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku."
SURAH AL-HASYR
Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka ALLAH SWT mewakilkan 70malaikat berselawat ke atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu,dia dikira mati syahid."
p/s:Ya ALLAH...Rajinkanla dan berikanla kekuatan kepada diriku untuk sentiasa berusaha menambahkan amal ibadatku kepada mu..amin..
0 comments:
Post a Comment