Wednesday, January 20, 2010
alhamdulillah..
Tuesday, January 19, 2010
arghh!!
i'm feeling quite stress now.
yeah,i knoe my essay sucks...
writing 150 words for admission essay pun susah..
wht do people knoe about me.
i hate writing essay until now..(except bio essay..ahaha)
i dunno la..
really..i'm really hoping to enter IIUM tu..
sepa jgk nda mau...
dpt medic lg...huhu..
but 1 thing i knoe,writing essay sucks...
essay lain ble trima lg..
but this,is about me..
pleasela..
nda sukaa...
essay sains fiction or whtsoever ble survive lg..
ni,my essay ni..i've been doing it for 1 whole day n it still sucks..
my mum ckp mcm krgn thn 1...
buh...so,how did i get band 4 MUET..
ntahla..
suddenly i'm stress for 1 small stupid reason..
damn it..
sorry for the words..
i'm angry to myself precisely
no offense..
i knoe,this is 1 of my platform to further studies in medic
ntahla..
i dunno la..
sumtyms i think..
is medic the best choice for me?
i want to be it..
u knoe wht..
sumtyms bla parents msk cmpur in discussing my future..
i thought,btulka ni??is this the 1 i want n live like tht for the rest of mylife?
but deep down in my heart,i really want it...soo bad tht my heart aches sumtyms..(ceh..mengalahkan bercinta ngn bf..ahaha..)
but btul la ba..
kn i'm having a relationship...serious relationship wif books..ahaha..berjihad kan ni..huhu..
ntahla..
i'm damn stress now.
Ya ALLAH engkau tngkn la ati hambaMU ni...Sesungguhnya,aku lemah.Hanya padaMU aku bergantung...
kla..mau bt essay balik...
hope this tym it's far way better...
i dun want my mum to edit it...i wan it my way of doing it..
nnt cm nda ori jak..
Wallahualam.May ALLAH bless.
Monday, January 18, 2010
choices...(sigh..)
Alam Mahsyar
7.. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. |
Saturday, January 16, 2010
places where i really hope to go 1 day.
Luahan Apocryphalist berkaitan isu penyalahgunaan nama 'Allah'.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saudara Saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.
Baru baru ini, saya telah menerima suatu emel dari rakan blogger yang bergelar Apocryphalist yang meminta saya mempertimbangkan penerbitan pandangannya ini terhadap isu penggunaan istilah atau terma 'Allah' oleh para kaffir Kristian dan mereka yang sekuffur terhadap Allah, Rabbul Alamin.
Luahan Apocryphalist ini ditujukan kepada mantan Presiden ABIM, Dr Mohd Nur Manuty.
Dr.Mohd Nur Manuty didalam blog beliau mengalu alukan penggunaan istilah dan terma 'Allah' oleh pihak gereja Katolik Kristian didalam penerbitan majallah mingguan mereka walaupun diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk edaran awam.
Saya rasa perbincangan mengenai perkara ini harus diteruskan supaya kita yang mengaku Muslim boleh berkongsi pendapat dan pandangan dengan mereka yang ternyata agak terkeliru dengan apa yang boleh dan apa yang tidak didalam urusan berhubung perkara yang serius ini?
Maka saya menyiarkan kandungan emel Apocryphalist tersebut untuk pertimbangan semua walaupun di tujukan kepada Dr Muhd Nur Manuty kerana tidak mendapat perhatian dari beliau.
Oleh kerana perkara ini melibatkan hal ehwal umat Islam, maka tidak ada halangan bagi kita memperbincangkannya. Insya Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.
Saudara Muhd Nur Manuty,
Saya terpinga-pinga tentang kenyataan dan pendirian saudara mengenai penggunaan perkataan Allah bagi orang-orang Kristian di Malaysia ini.
Memandangkan kedudukan saudara menerajui sebuah organisasi politik serta mantan presiden kepada sebuah badan Islam bukan-politik, saya hanya boleh berharap bahawa kepercayaan saudara seperti termaktub dalam tulisan saudara ini tidak menjadi pegangan resmi bagi badan yang saudara wakili, atau tidak menjadi iktikad bagi penganut-penganut Islam yang dibawah pimpinan saudara.
Saya aktif dan pernah bersuara mengenai hal-hal ini dalam kandungan beberapa blog yang lain. Biar saya senaraikan beberapa fakta untuk dihadhami dengan segera disini, walaupun tulisan-tulisan penuh terdapat di tempat-tempat berikut:-
* Nama Allah dari segi Linguitik,
* Meminta penjelasan dari Paus,
* Sayangkah Kristian kepada Allah?,
* Apa yang menggerakkan kemasukkan dalam agama Kristian?
Dan hujjah yang sangat bagus di sini.
1. Pertama sekali, saudara berkata bahwa keputusan untuk membenarkan penggunaan Allah untuk orang Kristian “bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini. Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah”.
Pada pandangan saya, dengan pengiktirafan saudara INI lah yang akan membuat kemungkaran lebih berleluasa.
Betapa tidaknya, kerana sekarang pihak Kristian boleh mendapat lesen untuk mempamirkan kebatilan secara besar-besaran bahawa Allah itu mempunyai anak.
Bahawa jalan yang diterima oleh Allah ini adalah dengan mengiktikadkan semua manusia itu lahir secara berdosa (original sin) dan cara untuk mencuci dosa itu adalah dengan menerima bahawa Jesus Kristus itu merupakan anak Allah ini yang datang untuk mengorbankan dirinya diatas salib.
Apa mahukah saudara, atau organisasi saudara memikul tanggungjawab dosa sekiranya SATU orang anak Islam di negara ini terdakyah kepada pemikiran sesat ini hanya semata-mata kerana ianya terpegun atas pamparan gergasi yang akan berleluasa dimana-mana di negara kita ini semata-mata kerajaan membenarkannya?
2. Saudara juga bertanya, “Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?”
Persoalannya: Allah yang mana? Yang bersifat yang mana? Bukan kah Allah itu mempunyai sesuatu sifat unggul?
Boleh kah seseorang meng-“attribute”kan kepada entiti Ilaah ini apa-apa saja yang difikirkan sendiri, justru dipanggilnya Allah?
Adakah Tuhan yang mempunyai anak itu, Allah?
Bagaimana pula yang ini. Apa kata jika penganut ugama ini juga mahu memanggilnya Allah juga, sesuai dengan apa yang saudara kata “Rabbul ‘Alamin” itu?
Dimana garisan pemisah nya?
3. Saudara juga berkata bahawa penggunaan nama Allah itu sudah lama dipakai di Indonesia.
Tahu jugakah saudara bahawa cara INIlah umat-umat melayu beragama Islam di sana terpesong?
Dengan menyamakan dan menyatukan konsep ugama sejagat melalui penggunaan Nama yang esa?
Kalau tidak mana datangnya melayu-melayu beragama Kristian di Indonesia itu?
Mereka kristian sejak turun temurun? Tidak. Mereka asalnya Muslim tetapi akidah mereka telah dipesongkan melalui penggunaan nama 'Tuhan Allah'.
Oleh kerana kejayaan inilah maka pendakyah-pendakyah Kristian telah teruja untuk menggunakan modus operandi sama serupa ini di Malaysia pula, tetapi tidak berjaya selama ini kerana keutuhan pemerintah Islam kita mempertahankan konsep ini.
* Keutuhan yang tidak lama lagi akan terhapus berkat usaha serta pemikiran confused orang-orang seperti saudara dan organisasi politik yang saudara wakili
* Bukan sangat berdasarkan ianya benar atau tidak benar, tetapi lebih kepada ianya konsep yang dipelihara lawan, supaya “the enemy of my enemy is my friend” justru menjual keesaan Allah semata-mata untuk menjadi kawan bagi “enemy of your political enemy”.
4. Bagaimana saudara pasti orang-orang Kristian itu percaya bahawa Allah itu adalah nama Tuhan?
Dalam Bible mereka tidak pernah tertulis nama ini.
Yang ada hanya “Yahweh” dalam Kitab Perjanjian Lama.
Adakah Paus itu sendiri mewartakannya?
Kalau benar, mari kita bubuh syarat bahawa Paus itu membuat satu perisytiharan bahawa nama Tuhan yang selama ini tiada dalam bible, adalah Allah. Mahu?
5. Setelah mendapat pengisytiharan ini dari pihak Paus, mari juga kita cadangkan dan desak beliau untuk menukar semua bible dalam dunia ini --- bukan yang dalam bahasa melayu dan di Malaysia sahaja --- untuk mempergunakan nama Allah ini dalam setiap naskhah injil mereka.
Mahu? Dengan demikian, maka kita dengan senang hati bukan saja boleh membenarkan penggunaan Allah itu dalam bible, malah kerajaan boleh membantu dalam kos-kos pencetakan.
6. Dan kalau kedua-duanya tidak, sekurang2nya kita mahu bertanya kepada pihak Paus: kenapa penggunaan nama Allah itu hanya itu injil Melayu?
Adakah untuk tujuan-tujuan pendakyahan?
Dan kita boleh bertanya juga:
Adakah penukaran dan penggunaan nama Allah dalam Injil Malaysia ini mendapat restu atau dibawah arahan beliau?
Kalau tidak dari mana datangnya ura-ura ini kalau bukan dari arahan Gereja Katolik pusat?
Untuk tujuan apa, walhal terang-terangan penterjemahan “God” dalam injil itu bukannya “Allah” tetapi “Tuhan”?
Sepatutnya saudara, serta organisasi Islam yang saudara pernah terajui, aktif untuk memperjuangkan keesaan Allah dan keunggulan NamaNya.
Bukan memperjuangkan supaya keTauhidan Allah itu dikotorkan.
Bukan bersekongkol dengan pihak Kristian untuk mencemarkan nama yang suci hanya semata-mata pihak lawan saudara (yang Islam) memperjuangkan konsep yang berlawanan.
Salam,
Apocryphalist
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saudara / Saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.
Luahan hati penulis bergelar Apocryphalist di atas sudah lama saya terima didalam bentuk emel tetapi oleh sebab saya kesuntukan masa, baru kini saya sempat menerbitkan semula di atas kesedaran bahawa perbincangan mengenai usaha pihak kuffar Kristian dan segala kaffir yang lain untuk menggunapakai terma 'Allah' bagi sembahan mereka tidak boleh kita sebagai umat Islam yang peka terhadap dakyah mereka ini biarkan begitu saja.
Terlalu jahil kah kita sekarang ini sehingga sanggup mendiamkan diri, membutakan mata, memekakkan telinga dan membisu terhadap kerja kerja jahat mereka ini yang memang terbukti tidak akan redha terhadap kita selagi kita tidak akur dan tunduk terhadap desakan desakan mereka yang secara terang terangan atau secara bermuslihat terus memerangi Islam didalam pelbagai segi dan kaedah mereka?
[119]Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.